25/04/09
Sehari sebelumnya,debar meranjut sampai ke ubun-ubun. Lelaki itu akan datang tak lama lagi. Malam semalam, katanya dia ambil kereta api malam dari Porong ke Jakarta. Pasti di bantai sejuk yg membeku. Lalu ku pesan supaya membawa baju tebal.Nanar, aku tanyakan jarak perjalanan.
"Cuma 12 jam" katanya bersemangat. 12jam! Itu seperti mencampur perjalanan dari KK ke Keningau di darab dengan dua, tambah perjalanan sehala KK ke Tawau.Ohh..kasihan sekali.

Suaranya sengau sewaktu aku telefon malam itu.
"ada apa?"..
"Aku demam"
Rasa kucar kacir mengetuk lagi. Pelan-pelan aku rafa' tangan.Ya Tuhan,benar,ini pertemuan yang pertama. Wajahku hodoh, cabut demamnya. Aku mahu dia nikmati perjalanan mencari cintanya. Sepenuh-penuhnya.
Mencari aku.
Bagaimana nanti dalam mamai demam dia tiba-tiba pengsan melihatku?Atau barangkali dia tidak pengsan. Tapi berlari.Terus ke meja kaunter,mahu beli tiket balik ke Jakarta! Ohh..oh..Baru ku tahu persoalan demam bukan sekadar imunisasi tubuh yang lemah diserang virus. Malah, lebih besar, demam itu rupanya boleh merubah jodoh seseorang! Bahkan saintis ulung pun menyerah dengan fakta baru ini. Demamnya adalah persoalan masa depanku. Maka hanya sekali ini Tuhan, tolong cabut demamnya.Tolonglah!

Berita kedatangannya merata. Entah siapa bermulut bocor. Di Indah Permai, di Puri Saujana,di Kg Baginda nun desa kampungku,mereka sibuk bertanya dan teka meneka. Petangnya,sepupu-sepupuku berbondong-bondong datang menjengukku. Sialan. Hatiku sendiri masih belum tertata penuh,mahu melayan paparazzi ini lagi.Tak tahukah mereka makna privacy?hahh?!
Jam 4 pm.
Aku mudik ke deretan kedai . Mahu beli tudung. Ini! warna merah. Tanda berani,dan siap sedia untuk penolakan. Nanti sewaktu dia (dan demamnya) berpaling menolak ku,aku akan tayang muka berani. Seberani merah tudungku. Sumpah,aku akan mendongak dan pulang seperti pahlawan.
Otakku meracau-racau lagi.Gila sungguh!
6pm.
Ruang kamar tempat dia bermalam telah ku rapikan. Kamar itu latarnya merah jambu, sehinggakan jam dinding pun merah jambu. Aneh, tapi pedulikan.
Aku ambil secarik kertas hitam. Bucu kertas ku bakar dengan racun nyamuk supaya membentuk border yg indah,berlubang-lubang.Dengan tinta emas, ku lorek bait-bait kata syahdu untuk tatapannya. Konon mahu menyangga semangatnya untuk bertahan di sini. Ku peras waktu yg sedikit untuk kata seindah mutiara. Sekuatnya aku berfikir gaya Chairil Anwar, dan akhirnya terciptalah tinta indah dengan seni yang kurasakan cuma Shakespeare saja yg layak berkomentar.
Tuan tahu apa maknanya?
Iya.Aku sudah terkena sindrom gila yang kedua maha berat. JATUH CINTA. (yang kemudian aku tahu tulisan ku itu langsung tidak ada manfaatnya.Sungguh mengecewakan. Tahu kenapa?? Tenang,akan kuceritakan semuanya..)

...bersambung
No comments:
Post a Comment