Hei..!Sudah akhir juni!
Juni yang penuh meriah ini hampir habis. Saya ingat, Juni 8 tahun lalu saya masih seperti riang-riang yang hidup lepas, Kami lepak dan sesuka hati menterjemah alam. Namanya, kata sesetengah orang, mengasah fluid intelligence.
Sampai bila-bilapun saya akan mengenang Juni (iya, Juni dan bukan Jun) dengan sisi indah. Yang namanya indah itu selalunya datang dari hal-hal biasa tapi dilihat dari sisi yang luar biasa. Demikian, orang-orang sederhana seperti kita ini menciptakan rasa 'ada' .Eksistansi. kan.kan...Tidak perlulah cinta Shah Jehan yang mencempung mata juruteranya demi Mumtaz Mahal, Kita kan sudah bosan dengan klise. Lalu mari, saya bawa kamu ngembara ke utopia hidup saya.
Baik, sesudah penat menjadi riang-riang di bulan Juni lapan tahun lalu, (atau rama-rama katik bermata sepet..ini lebih tepat ~~"), Juni 3 tahun lalu, lifespan saya tiba-tiba menanjak dari status si riang-riang kepada si Penelope yang tunduk patuh kepada Odysseus. Ya, saya sudah menjadi isteri di tahun itu! Padahal, setahun sebelumnya saya katakan pada ibu;
"ibu, saya mahu berkahwin umur 30 tahun saja, masih mahu belajar. PhD, paling rendah!"
Saya juga, belasan tahun dahulu sudah pernah ikrar ke ayah, bahawa dua suku yang benar-benar tidak mahu saya campur dalam susur galur masa depan saya adalah Jawa dan Kadazan.Tidak mahu saya pekatkan dua darah itu dalam genetika saya. Cukuplah.
Dan 'gong' Istana nun di Atas sana, dipalu sebaliknya.Tuhan tahu, tapi menunggu.
Saya menikah tuan, tepatnya 14 juni 2009, ketika saya berumur 26 tahun, dengan seorang pemuda Jawa, berdarah pekat asli Sidoarjo, Jawa Barat. Bukan main.
Tahun berikutnya, sehari awal dari ulang tahun perkahwinan saya, bidadari kecil bermata jeli itu pula muncul dalam hidup saya. Tahun ini, bulan yang sama, saya meterai pula pembelian rumah di kawasan Darau, hampir dengan pejabat saya. Begitulah saya pelan-pelan menyenangi Juni dan seluruh isinya.
Oh, terima kasih Tuhan kerana mengenalkan kami dengan istilah 'kenangan'.
Tahun-tahun hadapan, entah apa lagi surprise Tuhan mahu berikan pada saya? Marilah rapat-rapatkan kaki ke bumi, tadah tangan ke atas dan pandang Tuhan dengan saksama, setelah itu, kata Hamka , "pasti mulutmu akan tertancap kata 'SubhanAllah'!
Selamat tinggal Juni yang kekal dalam ingatan!
**di catat akhir juni lepas (lalu, kenapa baru di pos sekarang?)
Friday, 20 July 2012
Friday, 6 January 2012
Gandhi dan 29 yang klise
Kawan!
Jadi, ketika saya menjejak 29 tahun kemarin, cinta pun datang bertalu-talu. Ini sedikit klise dan keanak-anakan. Tapi, kata Gandhi, di mana ada cinta, di situ baru boleh disebut ada kehidupan.
Gandhi benar, saya benar-benar hidup kemarin.
Mari, temankan melihat cinta-cinta di sisi kecil hidup saya.^^
![]() |
| Mula-mula, kami makan. |
![]() |
| Ok, mereka ajak berkaraoke.Sumpah, saya ini pertama kali ke tempat ini! |
![]() |
| Keadaan semakin tidak terkawal..lihat si kacak di tepi dinding itu, suaranya sedap tahu! |
![]() |
| I am blessed.ha ha |
![]() | ||||||||
| Tulisan penuh seni ini daripada abang bongsu tempat saya berebut susu kecil-kecil dahulu. |
![]() |
| Ini dari Sultan Jawa di rumah saya. Diterima awal sebulan, tanpa sebab-sebab yang jelas...(adakah dia terlalu sayangkan saya? wahahahaa) |
Teman-teman yang baik dan keluarga yang hangat. Selaut pun tidak mampu saya umpamakan kebaikan kalian.
Sekali lagi, terima kasih!
Subscribe to:
Posts (Atom)





