Baiklah.
Pertamanya adalah memahami keperluan gaya penulisan ini. Dunia sains agak ganjil. Kajian kamu dikira tidak selesai selagi kamu belum paparkan a.k.a sharing penemuan kamu. Mengapa begitu? Kerana kita peduli dengan istilah 'reproducebility'. Dunia sains adalah daripada ranting-ranting ilmu yang berserakan. Dan mereka bertunas. Mereka mengulang-ulang idea untuk mencambah tunas idea yang baru.
Kata Manaf pensyarah biologiku dulu, ilmu itu hanya disebut 'maklumat' dan kekal begitu sehinggalah ia dikongsi. Undang-undang ini melengkapkan definisi ilmu. Dengan kata lain, sains sangat islami.
Not penting dalam penulisan saintifik adalah eksplisit.Atau kejelasan. clarity. Maka persediaan yang perlu adalah memiliki penulisan bahasa inggeris yang bagus. Apa mahu dikata, itu bahasa semesta untuk transaksi ilmu. "the best english is that giving the senses in the fewest words". Nampak? memaknakan inggeris dalam perkataan yang teringkas!
Penulisan saintifik ada beberapa bentuk. Ia boleh jadi:
1)Jurnal
2)Publikasi
3)Poster
4)Laporan makmal (ya!)
5)Proposal
6)Tesis
7)abstrak...
Sebelum menulis, beberapa perkara perlu dipertimbangkan.Pertama, apa yang ingin kamu tulis? Biasanya, pelajar sains melakukan kajian kerana mereka sudah diberikan tajuk projek awal-awal. Ia berkaitan geran, berkaitan availability equipment,berkaitan mahu-nya kerajaan! Maka kami pun macam dicucuk hidung saja. Tidak mengapa, sekurang-kurangnya berikan sense sedikit dalam kajian kamu. Maknakan mereka.
Kedua, pastikan kajian itu belum pernah dibuat sebelum ini. Penting! (ya, merah ini disengajakan pertanda penting yang teramat). Kita ada enjin carian untuk kajian-kajian yang sudah dipublikasi. Tapi kita tidak boleh cari kajian-kajian yang belum selesai atau 'under project'. Katalah kamu sedang buat projek tentang suatu ekspresi protein dalam nenas, tahu-tahu ada rakan di Jerman sedang buat kajian yang sama. Maka kamu harus berlumba untuk siap dahulu dan terbit dahulu! Supaya lebih efek, kamu pelajar master dan kawan dari Jerman itu sedang PhD tahun akhir (baca:lebih banyak ilmu dari kamu.Lebih cepat siap!) eh..eh..bukankah 'knock out' disitu? Jadi, ya..kaji betul-betul.
Kemudian pasang niat koleksi jurnal manakah kamu ingin terbitkan. Nature, Cell, Science, PNAS..macam-macam majalah sains ada,online ataupun tidak. Mengapa ini penting?Haihhh..serupa Malaysiakini dengan Kosmo lah. Mana satu berita yang lebih bagi impak?
Eh..eh..bercakap pasal impak, dunia penulisan saintifik peduli hal ini. Istilahnya 'faktor impak'. Tidak seperti youtube atau blog, faktor impak tidak berkenaan dengan seberapa banyak jurnal itu di review. Ia dikatakan punya faktor impak tinggi apabila banyak penyelidik 'quote' atau cited dari jurnal kamu. Dengan kata lain, kajian kamu bagus. Orang suka, lalu ambil masuk ke dalam kajian mereka.
Contoh seperti tajuk jurnal 'Annals of thoracic surgery' di bawah ini.

Ini salah satu contoh 'high impact factor'. Tahun 2009 mencecah sehingga 3+. Cara kira begini:

Bagaimanapun, sekiranya jurnal kamu baru dikeluarkan, janganlah harap tinggi sangat. Dapat 0.0001 pun sudah oklah. Pensyarah Bangladesh kami hit jurnalnya mencecah 0.02 setelah setahun dikeluarkan. Itupun sudah jadi pelajar terbaik UPM peringkat PhD. Mudahkan. kan. (T_____T).
Oleh sebab adanya faktor impak ini, penyelidik berlumba-lumba menyumbang dalam majalah sains terkenal seperti Nature yang keluar setiap minggu itu. Majalah ini bukan tangkap muat saja ya. Ada ratusan ribu jurnal terbit setiap hari. Mereka pilih macam cari kutu dalam jerami. Itu adalah antara momen terindah dalam dunia sains sekiranya jurnal kamu boleh terbit dalam majalah itu. faktor impaknya tinggi dan jadi favorit citation para penyelidik.
Terakhir adalah format penulisan. Rasminya, yang biasa dipakai adalah penulisan format IMRAD. Ia adalah mnemonik bagi perkataan:
[I]ntroduction > [M]ethod > [R]esult > and [D]iscussion.
Tulis langkah demi langkah.Maklumat ditampilkan secara perenggan dan tidak dalam point-point. Umpamanya dalam method, kamu mahu kata:
1)Pour water into agarose powder. Stir it under heat condition.
2)Let the solution cooled slowly to 60'c under tap water.
IMRAD: Water was added into agarose powder and stirred under heat condition. After that, the solution was then cooled slowly to 60'c under tap water.
Ia, serupa itulah. Bagaimanapun, majalah-majalah sains terkenal seperti Nature atau Cell tidak mengguna pakai format seperti ini. Biasanya Result diletakkan dihadapan sekali, diikuti discussion. Method dan Acknowledgement terakhir sekali.
Baik! Sampai situ dahulu. Mari kita tutup dengan kata-kata Aristotle yang agung, "The energy of the mind is the essence of life"
Beri makan minda anda!^^
